Tentang Kami

Pengalaman Umrah dan Haji Bertaraf Antarabangsa dengan RSA Travel & Tours

RSA Travel ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu pelanggan merancang dan melaksanakan perjalanan dengan lebih teratur, selesa dan dipercayai. Bermula daripada perjalanan ibadah sehingga percutian, kami komited menyediakan perkhidmatan yang diurus secara profesional dan penuh tanggungjawab.Kami percaya bahawa setiap perjalanan membawa makna yang tersendiri. Oleh itu, setiap urusan di RSA Travel dilaksanakan dengan teliti, berlandaskan nilai amanah, kejujuran dan keprihatinan terhadap keperluan pelanggan, agar setiap perjalanan menjadi pengalaman yang lancar dan bermakna.

Misi

  • Memberi pengalaman bimbingan Haji dan Umrah yang terbaik serta mengikut sunnah Nabi SAW
  • Menitikberatkan ziarah Nabi SAW dengan penuh kecintaan
  • Mementingkan penyampaian ilmu dan kerohanian yang maksimum
  • Menawarkan perkhidmatan yan bertaraf antarabangsa dan profesional
  • Pakej yang ditawarkan berpatutan dan sesuai dengan kehendak pelanggan
  • Memberikan pengembaraan pelancongan yang mendekatkan diri pada Allah SWT

Visi

  • Menjadi satu syarikat pengendali Umrah, Haji dan Pelancongan yang bertaraf antarabangsa
  • Menjadi tempat pertama sebagai "Travel Agency" yang paling dipercayai di Malaysia dan antarabangsa
  • Menjadi satu syarikat pelancongan yang bersistem professional dan koperat

Sejarah Syarikat

RSA Travel & Tours Sdn. Bhd. ialah sebuah agensi pelancongan dan ibadah berdaftar di Malaysia yang berdedikasi membantu pelanggan merancang dan melaksanakan perjalanan dengan penuh makna, selesa dan tenang. Kami percaya setiap perjalanan bukan sekadar tempat yang dilawati, tetapi satu pengalaman yang memberi impak rohani dan emosional kepada setiap individu.

Di dokong oleh nilai amanah, ikhlas dan profesionalisme, RSA Travel & Tours komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi — khususnya dalam pengurusan Umrah, Haji dan pelancongan Islamik. Pasukan kami bukan hanya profesional dalam bidang pelancongan, tetapi juga memahami nilai spiritual yang tersemat dalam setiap perjalanan ibadah.

Dengan pengalaman dalam urusan operasi Umrah dan Haji, kami sentiasa memastikan setiap jemaah menerima bimbingan rapi dari awal hingga akhir  termasuk taklimat pra berlepas, urusan visa, bantuan di lapangan serta sokongan sepanjang berada di Tanah Suci. Pakej kami direka untuk pelbagai keperluan dan bajet, daripada pilihan ekonomi hingga eksklusif, agar setiap jemaah dapat menikmati perjalanan yang tertib, selesa dan bermakna.

Selain itu, RSA Travel & Tours turut menawarkan lawatan warisan Islam dan pelancongan antarabangsa, membuka peluang kepada pelanggan untuk meneroka destinasi seperti Turki, Jordan, Mesir, Andalusia dan lebih banyak lagi dengan pengalaman yang teratur dan menyenangkan.

Nilai dan Prinsip Pegangan Kami

RSA Travel & Tours, yang berpusat di Malaysia, adalah sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang menguruskan perkhidmatan Umrah, Haji dan pelancongan. Syarikat ini telah berjaya mengendalikan ribuan jemaah dari Malaysia serta dari negara-negara seperti Singapura, Brunei, Indonesia, Thailand, China dan Filipina.

No Pendaftaran SSM: 1633794-U
No Lesen MOTAC: KP LN 12738
No Lesen IATA: 28334740