PERCUMA 20 KG
Nikmati kemudahan penghantaran kargo percuma sehingga 20kg bagi setiap pakej Umrah bersama RSA Travel & Tours Sdn Bhd, sebagai nilai tambah eksklusif untuk para jemaah kami.
Sebagai penghargaan kepada para jemaah, RSA Travel & Tours Sdn Bhd menawarkan penghantaran kargo percuma sehingga 20kg bagi setiap pakej Umrah, membolehkan anda membawa pulang lebih banyak kenangan dan barangan dari Tanah Suci tanpa kos tambahan.
Perkhidmatan ini dikendalikan oleh rakan logistik berpengalaman dengan rekod cemerlang melebihi 20 tahun dalam pengurusan penghantaran dalam dan luar negara, menjamin standard perkhidmatan yang berkualiti, dipercayai dan efisien.
Daftar Pakej Umrah RSA Travel & Tours Sdn Bhd Hari Ini – Percuma Penghantaran Kargo Sehingga 20kg Untuk Setiap Jemaah!


RSA Travel & Tours
Pengembaraan Suci dengan RSA Travel & Tours: Mengutamakan Keselesaan dan Kemudahan Anda Setiap Masa.

RSA Travel & Tours Sdn Bhd
RSA Travel & Tours Sdn Bhd merupakan satu syarikat yang menguruskan perkhidmatan Umrah, Haji dan Pelancongan yang bertaraf antarabangsa berpusat di Malaysia dan telah pun berjaya menguruskan ribuan jemaah dan pengembara bagi perlaksanaan Umrah, Haji dan Pelancongan.
RSA Travel & Tours Sdn Bhd adalah bertaraf Antarabangsa kerana pelanggan kami juga adalah dari luar negara seperti Indonesia, Thailand , Brunei , Filipin, Singapore & lain-lain.
Umrah Private & Custom
Anda boleh menikmati pengalaman Umrah secara fleksibel dan DIY, tanpa terikat dengan pakej biasa! Pilih sendiri tarikh, hotel, penerbangan, serta ziarah tambahan yang anda inginkan. Kami menyediakan panduan lengkap, kemudahan pengangkutan, dan bantuan sepanjang perjalanan untuk memastikan ibadah anda berjalan lancar dan selesa.

Kenapa Anda Perlu Memilih Kami?
Testimoni Para Jemaah

Haji Ahmad Fauzi RahmanShah Alam, Selangor
“Ini kali pertama saya dan isteri menunaikan umrah, jadi pada awalnya kami agak risau tentang perjalanan dan urusan di sana. Alhamdulillah, RSA Travel menguruskan semuanya dengan sangat baik. Mutawwif sangat berpengalaman dan sentiasa membantu setiap jemaah. Hotel selesa, perjalanan teratur, dan kami rasa sangat tenang sepanjang ibadah. InsyaAllah kalau ada rezeki, kami akan pilih RSA Travel lagi.”

Puan Noraini Binti Hashim Seremban, Negeri Sembilan
“Saya sangat berpuas hati dengan servis RSA Travel. Dari urusan pendaftaran di Malaysia sehingga tiba di Mekah dan Madinah, semuanya berjalan lancar. Staff sangat mesra dan sentiasa memastikan kebajikan jemaah terjaga. Mutawwif juga memberi penerangan yang jelas tentang setiap tempat ziarah. Terasa seperti pergi bersama keluarga sendiri. Sangat disyorkan kepada sesiapa yang ingin menunaikan umrah dengan tenang.”

En Mohd Firdaus ZainalJohor Bahru, Johor
“Sepanjang pengalaman saya menunaikan umrah bersama RSA Travel, saya dapat lihat pengurusan mereka sangat tersusun dan profesional. Jadual perjalanan jelas, makan minum terjaga, dan setiap jemaah diberi perhatian. Apa yang paling saya hargai ialah bimbingan ibadah yang sangat baik daripada mutawwif. Ia benar-benar membantu kami fokus kepada ibadah tanpa perlu risau tentang urusan lain.”


RSA Travel & Tours, yang berpusat di Malaysia, adalah sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang menguruskan perkhidmatan Umrah, Haji dan pelancongan. Syarikat ini telah berjaya mengendalikan ribuan jemaah dari Malaysia serta dari negara-negara seperti Singapura, Brunei, Indonesia, Thailand, China dan Filipina.
No Pendaftaran SSM: 1633794-U
No Lesen MOTAC: KPLN 12738
No Lesen IATA: 28334740











